Paten Smart Cover Terbaru Apple Dengan LED Terbina Tertiris

Paten Smart Cover Terbaru Apple Dengan LED Terbina Tertiris

Diterbitkan pada June 16, 2014 oleh .

Penutup pintar iPad yang dihasilkan oleh Apple mungkin akan menerima pembaharuan untuk generasi seterusnya. Sebelum ini penutup pintar iPad hanya boleh menutup dan mengaktifkan skrin secara automatik. Sebuah paten terkini yang difailkan Apple menunjukkan mereka mungkin akan meletakkan paparan LED terbina pada penutup pintar terkini mereka. Ini mengingatkan kami kepada penutup pintar yang digunakan oleh Alcatel One Touch Hero.

9566-1342-140612-Smart_Cover-2-l

Selain daripada itu pada lakaran paten juga kelihatan tetingkap lutsinar seperti yang dilihat pada penutup pintar keluaran Samsung untuk Galaxy Note. Ini bagi memudahkan pemilik melihat notifikasi tanpa perlu membuka penutup. Terdapat juga ura-ura penutup pintar ini juga bakal memberikan kemampuan mengecas tanpa wayar. Tidak diketahui sama ada paten yang difailkan ini akan menjadi produk sebenar. Apple memang kerap memfailkan paten untuk teknologi baru tetapi tidak menghasilkan produk fizikal selagi ia tidak mampu dihasilkan dengan sempurna di dunia sebenar. Secara peribadi kami rasakan penutup pintar sedia ada dengan tetingkap lutsinar bagi memudahkan pemilik melihat notifikasi adalah idea yang sudah lama kami mahukan. Jika Samsung gemar “meminjam” dari Apple, apa salahnya jika Apple juga meminjam dari Samsung.

9566-1344-140612-Smart_Cover-4-l

Sumber Apple Insider

 


TIPS & ULASAN