Xiaomi Menawarkan Mi 3 Pada Harga RM769 Untuk Penjualan 17 Jun

Xiaomi Menawarkan Mi 3 Pada Harga RM769 Untuk Penjualan 17 Jun

Diterbitkan pada June 16, 2014 oleh .

Xiaomi yang telah masuk ke pasaran Malaysia pada bulan lalu akan mengadakan sesi penjualan peranti Mi 3 dan Mi Power Bank esok. Setelah beberapa fasa penjualan ia dilihat sebagai satu prestasi yang memberangsangkan dan hari ini mereka mengumumkan akan menjual Mi 3 pada harga khas RM769 untuk versi warna Metallic Gray.

Harga khas yang ditawarkan adalah bersempena musim panas sepertimana kebiasaan negara-negara lain. Ia dijual pada RM769 berbanding harga asal RM889. Buat masa ini kami masih tidak mengetahui sehingga bilakah Mi 3 akan dijual pada harga khas ini dan untuk penjualan esok, sebanyak 7,000 unit ditawarkan dan semestinya akan habis dalam masa singkat sepertimana penjualan terdahulu.

Xiaomi Mi3

Turut sama dalam penjualan Xiaomi esok adalah 10,000 unit Mi Power Bank untuk kapasiti 10,400mAh pada harga RM36 dan 5,000 unit Mi Power Bank untuk kapasiti 5,200mAh RM25. Xiaomi juga dikatakan akan menjual Redmi 1S untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Laman rasmi penjualan Xiaomi Mi 3.


TIPS & ULASAN