Cari @ Amanz

Arena startup di India yang dahulunya berkembang di pasaran barat dan timur tengah kini mula menunjukkan minat untuk beralih ke arah pasaran Asia Tenggara. Perkara ini menimbulkan pelbagai soalan menarik tentang bagaimana India dan Asia Tenggara dapat hadir dengan satu kerjasama teknologi yang unik di rantau ini.

Akshay Garg, Pengasas Komli Media berkata, keserasian budaya antara faktor India dan pasaran Asia Tenggara dapat bersatu dalam arena ini. Namun dengan keadaan politik di India, ia mungkin agak merisaukan kepada pembangunan ekonomi di negara tersebut dan sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran arena startup ini. Walau bagaimanapun, Tobi Ruckert, Pengarah Urusan bagi Unified Inbox menasihatkan startup di India hanya perlu fokus dengan apa yang mereka yang sedang buat dan tidak perlu risau dengan keadaan politik di negara mereka.

Selain itu, Amit Anand selaku pegasas Jungle Ventures turut berkata India adalah salah satu negara yang mempunyai lokasi yang strategik dan banyak peluang pelaburan hadir di negara ini. Sementara itu, Pengasas dan CEO bagi Vser.mobi turut menambah India mempunyai kepakaran dan bakat yang serupa seperti di Asia Tenggara menyebabkan mereka boleh berkembang dalam arena startup ini.

Bagi Teruhide Sato, Presiden dan CEO kepada NetPrice berkata, jalinan diplomatik baru antara Jepun dan kerajaan India telah menarik ramai pelabur Jepun untuk melabur di arena startup negara tersebut.

Pada akhir sesi, para hadirin Echelon 2014 bersetuju dengan apa yang berlaku di India dari segi pelaburan dan arena teknologi startup mereka. Perkara ini boleh dikatakan masih agak baru bagi mereka di pasaran Asia Tenggara dan mungkin banyak potensi baru akan hadir melaluinya.

Artikel kiriman: Shariff Raffi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd