InstaB Bekerjasama Dengan Les Copaque – Menawarkan Sticker Upin Dan Ipin Melalui Aplikasi

InstaB Bekerjasama Dengan Les Copaque – Menawarkan Sticker Upin Dan Ipin Melalui Aplikasi

Diterbitkan pada June 16, 2014 oleh .

InstaB merupakan salah satu aplikasi yang ditujukan khusus untuk ibu bapa dalam menyimpan dan berkongsi pelbagai memori berkaitan dengan anak mereka. Terkini, InstaB dilihat bekerjasama dengan pihak Les Copaque dalam menawarkan kandungan khusus melalui aplikasi tersebut.

InstaB Upin Ipin

Menerusi kerjasama ini, pengguna boleh memuat-turun sticker Upin dan Ipin untuk digunakan bersama-sama gambar anak-anak mereka. Untuk menggunakannya, pengguna perlu membuat pembelian-dalam-aplikasi yang berharga $1.99, dan seterusnya, sebelum berkongsi gambar anak, pengguna boleh menambah gambar Upin dan Ipin dalam memberikan kesan yang lebih baik kepada gambar tersebut.

Selain daripada sticker Upin dan Ipin, pelbagai kandungan lain yang turut ditawarkan melalui aplikasi berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya sendiri dengna memuat-turun aplikasi InstaB hari ini untuk iOS dan juga Android.

Muat-Turun InstaB untuk Android

Muat-Turun InstaB untuk iOS


TIPS & ULASAN