Echelon 2014: Permainan Atas Talian Menjadi Trend Terbesar Di Asia Tenggara

Echelon 2014: Permainan Atas Talian Menjadi Trend Terbesar Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada June 16, 2014 oleh .

Populariti permainan seperti Candy Crush dan Clash of Clans di Asia Tenggara menunjukkan pendekatan yang jelas bahawa permainan atas talian telah menjadi trend di rantau ini. Justeru itu, perkara ini menjadi topik perbincangan di Echelon 2014 mengenai arena perniagaan permainan atas talian di Asia Tenggara.

Salah satu persoalan menarik yang diajukan adalah bagaimana trend permainan atas talian ini dapat berkembang dan apakah trend jangkaan untuk tahun-tahun akan datang.

Menurut Anton Soeharyo, Pengasas dan CEO Touchten, sistem pembantu kewangan crowd-funding telah membantu arena startup untuk memulakan produk mereka. Perkara ini boleh dilihat melalui pembangunan permainan konsol OUYA yang memulakan dana mereka melalui Kickstarter pada tahun 2012.

Untuk jangkaan trend, Hironao Kunimitsu selaku CEO Gumi Inc. menjangkakan Smart TV dan seterusnya permainan Virtual-Reality (VR) akan menjadi trend dalam masa dua tahun lagi. Bagi Stephen Chun, Pengurus Jualan Permainan untuk Facebook Asia Tenggara berkata, pemainan Facebook pada masa akan datang membolehkan para pembangunan membuat port permainan tersebut ke pelbagai peranti dan platform.

Hugues Ricour, Senior Producer di Ubisoft pula melihat kekuatan penjenamaan (branding) adalah satu faktor penting bagi sesebuah kejayaan permainan tersebut. Beliau memberi idea, pihak pembangun permainan Free-To-Play (FTP) kini perlu menekankan dari sudut kepuasan permainan dan grafik yang tinggi sekiranya ingin bersaing dengan permainan berbayar. Dari segi keuntungan, sekiranya pembangun bijak mengendalikannya, pembangun permainan FTP ini boleh menjana pendapatan lebih lumayan berbanding permainan berbayar yang berada di pasaran kini.

Sebelum menutup perbincangan, Rivai Adidharma selaku Presiden MOL Global untuk perniagaan antarabangsa bersetuju permainan mudah alih kini telah menjadi trend dan ia akan sentiasa berkembang secara global. Dengan lambakan peranti berprestasi tinggi, beliau turut menambah pengguna akan dapat melihat lebih banyak permainan yang hadir dengan grafik yang lebih berkualiti pada tahun-tahun akan datang.

Artikel kiriman: Shariff Raffi


TIPS & ULASAN