Cari @ Amanz

Angry Birds baru-baru ini telah memperkenalkan permainan baru mereka memfokuskan RPG, iaitu Angry Birds Epic, dan hari ini Rovio dilihat telah mengumumkan permainan baru mereka yang bakal hadir tidak lama lagi, iaitu Angry Birds Transformers.

Angry Birds Transformers

Seperti pada nama permainan ini, Angry Birds Transformers bakal hadir bersempena dengan filem Transformers yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Melalui permainan daripada Rovio ini, ia akan dua kumpulan watak, iaitu Autobirds dan juga Deceptihogs. Selain daripada info tersebut, pihak Rovio tidak mengumumkan sebarang perkara lain berkaitan permainan ini.

Ini bukanlah pertama kali pihak Rovio hadir dengan permainan bersempena dengan filem, dimana sebelum ini mereka hadir dengan Angry Birds Star Wars bersempena dengan filem Star Wars.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancaran permainan ini. Selain daripada hanya permainan, pihak Rovio turut bekerjasama dengan Hasbro dalam hadir dengan beberapa permainan lain untuk tajuk “Angry Birds Transformers” ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd