Cari @ Amanz

Pelayar web seperti Firefox dan Chrome sedia mempunyai saluran pembangun mereka tersendiri, membolehkan para pembangun memuat-turun versi pembangunan pelayar web berkenaan dan menguji beberapa fungsi yang bakal diperkenalkan.

Terkini, Microsoft dilihat mengikut jejak, dan melancarkan Internet Explorer Developer Channel. Seperti pada namanya, ia ditujukan kepada para pembangun, dan dilihat memfokuskan kepada Developer Tools seperti sokongan debug yang lebih baik, kebolehan menganalisa memori, melihat sokongan antaramuka yang responsif, dan pintasan papan kekunci untuk beberapa perkara.

Disamping itu, Internet Explorer Dev Channel yang diperkenalkan hari ini turut menyertakan sokongan WebGL yang lebih baik, disamping membolehkan pengguna menggunakan alat kawalan Xbox untuk memainkan permainan di web.

Bagi para pembangun yang ingin menguji web anda pada pelayar web Internet Explorer, dan pada masa yang sama melihat fungsi-fungsi baru pada IE akan datang, anda boleh memuat-turunnya secara rasmi daripada halaman Internet Explorer Developer Channel hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd