Cari @ Amanz

Terdapat beberapa pengeluar sedia menawarkan storan mudah-alih berasaskan kepada USB dan mikro-USB yang memudahkan pengguna memindahkan fail dari komputer ke peranti Android dengan mudah. Namun, bagaimana pula dengan peranti iOS?

iStick

Salah satu projek khusus untuknya adalah iStick, yang mana hadir dengan sokongan storan USB dengan sambungan Lightning. Perkara ini membolehkan para pengguna peranti iOS untuk memindahkan fail daripada komputer mereka, dan seterusnya mengaksesnya menggunakan peranti iOS seperti iPhone dan juga iPad.

Untuk mengakses dokumen di iStick pada peranti iOS, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun sebuah aplikasi khusus untuknya. iStick turut dilihat menyokong kebanyakkan format video utama, disamping turut hadir dengan Document Viewer untuk fail berformat Doc, Excel, PDF dan sebagainya. Menggunakan peranti sama, pengguna turut boleh menyalin fail dan dokumen daripada peranti iOS terus ke iStick, sebelum ia dipindahkan ke komputer.

Buat masa ini, pengeluarnya hanya menawarkan ia melalui KickStarter dan hadir dalam variasi saiz 8GB, 16GB dan juga 32GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd