Huawei Honor 6 Tertiris – Mungkinkah Menyertakan Pengimbas Cap Jari?

Huawei Honor 6 Tertiris – Mungkinkah Menyertakan Pengimbas Cap Jari?

Diterbitkan pada June 17, 2014 oleh .

Huawei baru-baru ini telah melancarkan Ascend P7, dan kini dilihat dalam persediaan untuk memperkenalkan satu lagi peranti baru yang menggunakan cip pemprosesan lapan-teras daripada mereka, iaitu Huawei Honor 6.

Huawei Honor 6

Huawei Honor 6 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080×1920 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 920 daripada Huawei, dan dijana menggunakan memori sebanyak 3GB RAM. Untuk rakaman, peranti ini dikatakan akan membawakan kamera 13-megapixel.

Menariknya, pada bahagian bawah kamera, sebuah panel khas hadir, dan tidak diketahui apakah fungsinya. Mengikut spekulasi awal, ia dikatakan berkemungkinan besar akan berfungsi sebagai pengimbas cap jari – ala-ala pada HTC One Max.

Huawei dijangka akan mengumumkan telefon pintar Honor 6 ini pada 24 Jun kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN