Opera hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada pelayar web Opera untuk Android, dimana melalui versi 22 ini ia kini menyertakan beberapa pembaharuan baru untuk pengguna pelayar web mudah-alih berkenaan. Opera dilihat memfokuskan kepada pengurusan tab pada versi baru ini.
Melalui Opera untuk Android, kini pengguna boleh menguruskan tab menggunakan gesture, dimana boleh swipe untuk tutup, selain boleh membuka tab yang tersilap tutup dengan menekan butang menu. Pengguna turut boleh memilih mod pelayaran, yang mana dioptimasikan untuk telefon atau tablet ataupun untuk penggunaan sebelah tangan.
Disamping itu, Opera untuk Android kini turut menyertakan sokongan untuk menyambung semula muat-turun yang terhenti, sekaligus amat berguna untuk mereka yang sering bergerak dan mengalami gangguan dalam akses internet.
Opera turut mengatakan mereka menyertakan beberapa kemaskini memfokuskan sekuriti melalui versi baru ini.
Bagi pengguna yang berminat, boleh memuat-turun pelayar web Opera baru ini terus daripada Google Play Store secara percuma.
- Muat Turun
- Muat-Turun Opera untuk Android