Sokongan penstriman video siaran langsung ke YouTube merupakan salah satu fungsi yang tidak terdapat pada aplikasi YouTube sehingga ke hari ini. Untuk menawarkan fungsi berkenaan, kini Sony menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk para pengguna peranti Xperia, dinamakan “Live on YouTube”.
Menggunakan aplikasi berkenaan, pengguna yang mempunyai akaun saluran YouTube dalam keadaan baik, boleh menggunakan sokongan penstriman langsung, sekaligus berkongsi beberapa perkara sekitar mereka secara langsung terus melaluinya. Seperti biasa, anda perlu memastikan peranti anda mempunyai sokongan akses internet yang baik dan mempunyai kuota data yang memadai sebelum menggunakannya untuk penstriman langsung.
Buat masa ini, Sony hanya menawarkan aplikasi ini khusus untuk peranti Xperia sahaja, dan mungkin tidak akan menawarkan kepada peranti lain. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini dan cuba penstriman langsung daripada peranti Xperia anda terus ke YouTube melaluinya.
- Muat-Turun Live On YouTube di Google Play Store