Facebook Hadir Dengan Aplikasi Slingshot – Dilancarkan Bermula Di Amerika Syarikat

Facebook Hadir Dengan Aplikasi Slingshot – Dilancarkan Bermula Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Facebook hari ini melalui Creative Labs hadir dengna sebuah aplikasi baru untuk pengguna iOS dan juga Android, dinamakan sebagai Slingshot. Melalui aplikasi berkenaan, Facebook dilihat memfokuskan kepada perkongsian gambar dan video dikalangan pengguna.

Slingshot

Slingshot dilihat membawakan sebuah konsep baru, dimana pengguna boleh berkongsi gambar dan video bersama rakan-rakan mereka, dan sebelum seseorang rakan melihat media yang dihantar, mereka perlu membalasnya dengan sebuah gambar atau video terlebih dahulu.

Kami masih kurang pasti sama ada aplikasi seperti ini akan mendapat perhatian pengguna, ataupun pengguna akan lebih selesa menghantar gambar dan video melalui Facebook Messenger dan beberapa aplikasi permesejan lain.

Apa pun, Slingshot turut dilihat menyertakan beberapa kelebihan tersendiri, dimana membolehkan pengguna membuat penyuntingan dan menambah beberapa perkara seperti teks dan beberapa perkara lain – sekaligus memfokuskan kepada perkongsian kreatif daripada pengguna.

Untuk pengenalan, Slingshot akan diperkenalkan bermula di Amerika Syarikat, dan mungkin akan diperluaskan ke negara-negara lain secara berperingkat.

Layari : Slingshot[/download]


TIPS & ULASAN