Dayboard – Memudahkan Anda Menguruskan Tugasan Harian Pada Halaman Tab Baru Chrome

Dayboard – Memudahkan Anda Menguruskan Tugasan Harian Pada Halaman Tab Baru Chrome

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Terdapat pelbagai pemalam khusus untuk Chrome yang menjadikan halaman tab baru anda lebih interaktif, dan memaparkan pelbagai kandungan menarik melaluinya. Terkini, salah satu pemalam baru yang turut memfokuskan kepada halaman tab baru di Chrome adalah Dayboard.

Dayboard

Dayboard membawakan konsep yang agak menarik, dimana ia lebih memfokuskan kepada produktiviti. Pengguna boleh menulis sehingga lima tugasan yang perlu dilakukan pada sesuatu hari, dan ia akan memaparkannya pada halaman tersebut.

Memandangkan halaman tab baru merupakan salah satu halaman yang sering diakses pengguna ketika melayari web, maka perkara ini membolehkan anda memfokuskan kepada tugasan anda, dan tidak terlupa berkenaan sesuatu perkara.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, mungkin boleh mencuba sendiri pemalam ini, dengan memuat-turunnya secara percuma daripada Chrome Web Store hari ini.

Muat-Turun Dayboard untuk Chrome


TIPS & ULASAN