BlackBerry Malaysia Menjadualkan Acara Media Minggu Hadapan – Mungkinkah Pelancaran BlackBerry Z3?

BlackBerry Malaysia Menjadualkan Acara Media Minggu Hadapan – Mungkinkah Pelancaran BlackBerry Z3?

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Pihak BlackBerry Malaysia hari ini telah mula menghantar sebuah jemputan media khas yang dijadualkan pada minggu hadapan, 24 Jun. Tiada sebarang perkara tambahan yang dikongsikan pihak BlackBerry, sekaligus menjadikan tanda tanya apakah yang bakal diumumkan mereka.

BlackBerry Z3 Jakarta

Jikalau mengikut kepada beberapa pengumuman terdekat mereka, BlackBerry hanya hadir dengan peranti BlackBerry Z3. Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di Indonesia, dan dijadualkan untuk pelancaran di India pada minggu hadapan. Maka, tidak mustahil juga untuk pihak BlackBerry turut memperkenalkan ia untuk pasaran Malaysia sebelum bulan Ramadhan bermula.

BlackBerry Z3 hadir memfokuskan kepada negara-negara membangun, dimana ia merupakan telefon pintar Blackberry berasaskan BB10 yang paling murah dipasaran. Peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.2Ghz dwi-teras, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, ruangan storan 8GB dan dilengkapi skrin bersaiz 5-inci.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat BlackBerry Z3 di Malaysia pada minggu hadapan?


TIPS & ULASAN