Samsung Dan Perpustakaan Negara Malaysia Bekerjasama Untuk Perpustakaan BESTARI Samsung

Samsung Dan Perpustakaan Negara Malaysia Bekerjasama Untuk Perpustakaan BESTARI Samsung

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Dengan arena digital yang semakin berkembang pesat, kini pihak Samsung dan Perpustakaan Negara Malaysia bekerjasama untuk hadir dengan Perpustakaan BESTARI Samsung, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu perpustakaan digital yang terawal di Malaysia.

Menurut pihak Samsung, melalui Perpustakaan BESTARI Samsung, ia akan menawarkan pembacaan yang menarik dan interaktif kepada kanak-kanak dan remaja, sekaligus menggunakan teknologi terkini untuk tujuan tersebut.

Perpustakaan Bestari Samsung

Perpustakaan BESTARI Samsung ini meliputi kawasan seluas 1,300 kaki persegi, dimana dibahagikan kepada empat konsep, iaitu kanak-kanak, interaktif, bacaan dan juga kerja. Samsung menyediakan lebih kurang 60 peranti yang terdiri daripada tablet dan juga skrin bersaiz besar.

Melengkapkan peranti berkenaan adalah lebih 2,500 buku digital dalam pelbagai genre dan meliputi bahasa Inggeris, Malaysia dan juga Cina. Kandungan tambahan seperti e-Majalah, e-Akhbar dan juga laman web interaktif turut boleh diakses di Perpustakaan BESTARI Samsung ini.

Perpustakaan Bestari Samsung

Samsung dan Perpustakaan Negara Malaysia melabelkan ia sebagai Perpustakaan BESTARI Samsung pertama di Malaysia, sekaligus memberikan petanda yang mana tidak mustahil mereka memperluaskannya ke lokasi-lokasi lain pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN