Acer Malaysia Memperkenalkan Aspire Switch 10 Di Malaysia – Berharga RM1399

Acer Malaysia Memperkenalkan Aspire Switch 10 Di Malaysia – Berharga RM1399

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan peranti dua-dalam-satu mereka yang terbaru, iaitu Aspire Switch 10. Peranti yang boleh diubah daripada komputer riba kepada tablet ini dijual pada harga RM1399 di Malaysia. Nama Switch 10 dipilih kerana tablet merangkap komputer riba ini mampu digunakan dalam empat mod berbeza. Mod – mod ini ialah tablet, notebook, display dan tent. Posisi tent membolehkan tablet ini didirikan seperti sebuah khemah bagi membolehkan anda menonton video dengan lebih mudah. Mod display pula menukar papan kekunci menjadi sebuah penyangga.

Acer Switch 10

Acer Aspire Switch 10 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom 1.33Ghz, menggunakan memori sebanyak 2GB RAM, muatan dalaman 32 Gigabyte, dilengkapi skrin sentuh bersaiz 10.1-inci dan menyertakan kamera hadapan 2-megapixel.

Menariknya mengenai peranti dua-dalam-satu ini, ia menggunakan Windows 8.1, sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan menarik dan memasang perisian seperti pada komputer biasa – berbanding peranti Windows RT.

Papan kekunci Switch 10 juga berfungsi sebagai modul muatan dalaman tambahan sebesar 500 Gigabyte. Ia bersambung dengan tablet ini secara magnetik seperti sebuah peranti Surface. Magnet yang digunakan agak kuat dan tidak mudah tertanggal. Anda boleh memegang Switch 10 pada bahagian skrin dan papan kekunci akan kekal tercantum. Kami difahamkan storan dalaman ini adalah dalam bentuk cakera keras biasa dan bukannya SSD. Malang sekali muatan dalaman pada papan kekunci ini hanya boleh digunakan dengan Switch 10 sahaja dan tidak boleh disambungkan kepada peranti lain seperti sebuah cakera keras luaran biasa.

Selain Aspire Switch 10, pihak Acer turut memperkenalkan beberapa peranti lain, termasuk dua tablet berasaskan Android.

Acer Switch 10M1950028

 


TIPS & ULASAN