Acer Memperkenalkan Tablet Android Iconia One 7 Dan Iconia A1-830 Untuk Pasaran Malaysia

Acer Memperkenalkan Tablet Android Iconia One 7 Dan Iconia A1-830 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Selain daripada Acer Aspire Switch 10, pihak Acer turut hadir dengan dua tablet baru untuk pasaran tempatan, iaitu tablet Iconia One 7 dan juga Iconia A1-830. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android, dan dilengkapi cip Intel Atom.

Acer Iconia One 7

Acer Iconia One 7 telah diumumkan oleh Acer pada bulan April lepas, di mana ia menggunakan cip Intel Atom Z2560 1.6Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, dan kamera belakang 2-megapixel. Tablet ini menjalankan Android 4.2 Jelly Bean dengan sedikit perubahan pada antaramuka, dan turut dilengkapi bateri berkapasiti 3680 mAh. Panel belakang tablet ini mempunyai tekstur bergetah bagi memudahkan genggaman. Terdapat empat pilihan warna untuk pasaran Malaysia iaitu hitam. putih. biru dan merah.

Acer Iconia One 7 dijual pada harga RM399 di Malaysia.

Acer Switch 10zzzzzz

Acer Iconia A1-830 pula membawakan skrin bersaiz sedikit besar, iaitu pada saiz 7.9-inci, dilengkapi cip yang sama – Intel Atom Z2560 1.6Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Sungguhpun mempunyai skrin yang lebih besar berbanding One 7, tablet ini hanya mempunyai skrin dengan resolusi 1024 x 768 pixel.Berbanding One 7, Iconia A1-830 mempunyai kemasan yang lebih premium. Panel belakang diperbuat daripada logam dan bukannya plastik.

Acer Iconia A1-830 ini pula akanb dijual pada harga RM599 awal bulan hadapan untuk pasaran Malaysia, dan turut hadir dengan beberapa aksesori.

Acer Switch 10M1950030


TIPS & ULASAN