Ninetology Menerbitkan Video Produk Untuk Telefon Pintar 4G Pertama Mereka

Ninetology Menerbitkan Video Produk Untuk Telefon Pintar 4G Pertama Mereka

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Ninetology bakal memperkenalkan telefon pintar pertama dengan sokongan rangkaian 4G daripada mereka secara rasminya esok, dan sebagai persiapan awal, mereka hari ini telah menerbitkan video rasmi untuk telefon pintar berkenaan.

Ninetology Z1T

Dinamakan sebagai Ninetology Z1T, ia membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB.

Telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada sokongan rangkaian LTE, dan turut menyertakan fungsi Snapdragon Battery Guru untuk mengoptimasikan peranti untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Harga jualan Ninetologi Z1T masih belum diumumkan buat masa ini, dan bakal diumumkan oleh pihak Ninetology secara rasminya esok.


TIPS & ULASAN