Fleksy Menawarkan Fleksy Keyboard Untuk Samsung Gear 2

Fleksy Menawarkan Fleksy Keyboard Untuk Samsung Gear 2

Diterbitkan pada June 18, 2014 oleh .

Fleksy Keyboard boleh dikatakan antara papan kekunci yang menarik kerana hadir dengan gesture yang intuitif ketika menaip perkataan. Dalam usaha untuk mengembangkan papan kekunci ini ke pelbagai platform lagi, pihak Fleksy menawarkan papan kekunci mereka untuk Samsung Gear 2.

Fleksy-Messenger

Papan kekunci Fleksy untuk Samsung Gear 2 membolehkan perkataan ditaip dengan mudah pada skrin yang kecil melalui kawalan gesture yang dikhaskan. Setiap perkataan yang ditaip mengikut struktur huruf bagi sesuatu perkataan akan diramal oleh Fleksy Keyboard dengan hanya membuat seretan pada baris papan kekunci.

Walau bagaimanapun, Fleksy Keyboard ini hanya ditawarkan melalui aplikasi Fleksy Messenger sahaja buat masa ini atas kekurangan sistem operasi Tizen yang tidak menyokong papan kekunci pihak ketiga pada keseluruhan sistem. Namun perkara ini tidak menjadi halangan kerana Fleksy Messenger membolehkan pengguna menerima dan membuat reply teks SMS yang diterima melalui telefon terus melalui peranti Gear 2.

Bagi mereka yang ingin menguji Fleksy Messenger untuk Samsung Gear 2 dan juga Samsung Gear 2 Neo, boleh memuat-turun aplikasi ini melalui gedung aplikasi Samsung Apps.


TIPS & ULASAN