Cari @ Amanz

Adobe hari ini telah menambah penawaran aplikasi mudah-alih mereka untuk platform iOS, dimana telah memperkenalkan aplikasi Photoshop Mix secara rasminya untuk iPad. Seperti beberapa aplikasi lain, Photoshop Mix ini ditawarkan secara percuma oleh Adobe.

Adobe Photoshop Mix

Adobe Photoshop Mix dilihat ingin memudahkan penyuntingan kreatif pada iPad, dimana pengguna boleh membuat penambah-baikkan pada sesuatu gambar, atau mengabungkan sesuatu gambar dengan bahagian gambar lain dengan mudah. Untuk fungsi mengabungkan gambar, pengguna boleh meleretkan jari pada sesuatu bahagian yang mereka ingin “potong” dan memilih gambar lain untuk menggunakannya sebagai latar pada gambar asal.

Daripada konsep Photoshop Mix, ia dilihat agak menarik, dan memandangkan ia ditawarkan secara percuma, ia mungkin akan mempunyai penggunanya yang tersendiri. Aplikasi ini juga membawakan beberapa fungsi yang mana khusus untuk pelanggan Creative Cloud sahaja.

Bagi anda yang menggunakan iPad 4 dan yang terkini, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd