Twitter Kini Menyokong Paparan GIF Beranimasi

Twitter Kini Menyokong Paparan GIF Beranimasi

Diterbitkan pada June 19, 2014 oleh .

Twitter mengumumkan mereka kini menyokong paparan GIF beranimasi bermula hari ini. Paparan ini disokong pada laman Twitter.com  dan aplikasi Twitter untuk Android dan IOS. Walau bagaimanapun GIF beranimasi hanya disokong pada tweet yang dihantar. Kami menyedari sokongan GIF Beranimasi untuk avatar pengguna masih belum disokong. Kami berharap sokongan untuk avatar akan dilakukan dalam masa terdekat. Sebelum ini avatar beranimasi boleh dilihat pada aplikasi Tweetdeck, tetapi selepas beberapa kemasan dilakukan avatar yang menggunakan GIF beranimasi tidak lagi bergerak seperti sebelumnya. Kini tidak perlu lagi menggunakan pautan IMGUR untuk memuat naik GIF beranimasi kegemaran anda. Sokongan natif dari Twitter ini memang sangat kami alu-alukan.

Sumber @TwitterSupport

 

 


TIPS & ULASAN