Fon Kepala Beats Diharamkan Dari Piala Dunia 2014

Fon Kepala Beats Diharamkan Dari Piala Dunia 2014

Diterbitkan pada June 19, 2014 oleh .

Fon kepala Beats menjadikan Neymar, Chicarito dan Luis Suarez sebagai duta produk audio mereka sempena Piala Dunia 2014 Brazil. Ketiga-tiga pemain ternama ini dipaparkan di dalam iklan bertemakan Piala Dunia mereka tahun ini. Sungguhpun begitu kesemua produk Beats adalah diharamkan dari dibawa masuk ke dalam stadium sepanjang temasya berlangsung. Pemain juga dilarang dari menunjukkan fon kepala yang kini milik Apple ini dari kesemua sidang media dan sesi latihan rasmi di stadium. Sebab utama ianya diharamkan ialah kerana penaja rasmi audio visual Piala Dunia 2014 ialah Sony. Sony membelanjakan berbillion Dollar bagi mendapatkan hak ekslusif ini.

Reuters melaporkan Sony memberikan setiap ahli kontinjen negara yang bertanding sepasang fon kepala premium Sony dengan tujuan mendapatkan dedahan media meluas. Ini bukanlah kali pertama Beats diharamkan dari digunakan sepanjang temasya sukan utama. Ketika Olimpik 2012 di London ianya diharamkan juga kerana penaja rasmi audio visual pada acara tersebut adalah Panasonic. Pada temasya yang sama Samsung menasihatkan kesemua atlet untuk tidak memaparkan logo peranti lain selain Samsung ketika upacara pembukaan dan penutupan.

Neymar-Beats-World-Cup

Sumber Reuters

 

 


TIPS & ULASAN