Carian
Amazon Memperkenalkan Telefon Pintar Pertama – “Fire”
June 19, 2014 Aman

Amazon, salah satu laman e-dagang terkemuka hari ini telah memperkenalkan telefon pintar yang direkabentuk oleh mereka, dinamakan sebagai Fire. Bersama-sama dengan telefon pintar ini, mereka hadir dengan beberapa sensor untuk memudahkan pengguna berinteraksi dengan kaedah baru.

Amazon Fire Phone

Fire menyertakan beberapa teknologi dan fungsi baru. Salah satu yang menjadi fokus adalah sokongan Dynamic Perspective. Melalui Dynamic Perspective, ia dilihat Amazon menyertakan empat camera dan juga empat LED infrared pada bahagian hadapan, sekaligus mengoptimasikan dan memperlihatkan skrin mengikut gerakan pengguna. Dynamic Perspective boleh digunakan pada beberapa perkara, dimana antaranya pada permainan video, digunakan untuk melayari web, dan beberapa perkara yang lain.

Amazon Fire Phone

Disamping itu, memandangkan Amazon memfokuskan kepada dunia e-dagang, mereka turut menyediakan butang khusus dinamakan sebagai Firefly. Untuk menggunakannya, sebaik sahaja anda menekan butang tersebut, ia akan membuka kamera, dan anda boleh meletakkan sebarang perkara pada hadapan peranti anda, dan mendapatkan info berkaitan dengannya. Info tersebut ditarik terus daripada laman Amazon, dan pengguna turut boleh membuat pembelian dan melihat ulasan pengguna berkaitan produk dan kandungan yang diimbas itu terus pada telefon pintar mereka.

Amazon Fire Phone

Amazon Fire ini turut menyertakan beberapa fungsi lain, termasuk antaranya sokongan MayDay – dimana pengguna boleh mendapatkan bantuan daripada khidmat pelanggan dengan hanya menekan butang tersebut.

Amazon Fire menggunakan platform Android yang telah diubah suai oleh Amazon, dan hadir dengan Amazon AppStore yang mempunyai lebih daripada 200,000 aplikasi padanya.

Dari segi spesifikasi, peranti ini menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 2.2Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 4.7-inci, dwi-stereo Dolby Digital Plus, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2.1-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan LTE.

Seperti kebanyakkan produk Amazon, ia ditawarkan melalui laman Amazon mereka, dan dilihat khusus untuk pelanggan AT&T di Amerika Syarikat buat masa ini.

Komen