Cari @ Amanz

Fungsi kawalan kamera secara manual ialah fungsi yang tidak selalu kami gunakan kerana kami kurang mahir mengendalikan kamera. Sungguhpun begitu fungsi yang sangat digemari jurufoto ini sudah wujud pada aplikasi kamera Android sejak beberapa tahun. Fungsi ini akhirnya akan diperkenalkan pada kesemua peranti iOS 8. Aplikasi kamera iOS8 akan membenarkan pengguna mengawal nilai ISO, kelajuan pengatup dan nilai bukaan lensa mengikut kehendak individu. Sebelum ini pengguna iOS terpaksa menggunakan aplikasi pihak ketiga bagi mendapatkan kawalan manual yang membolehkan gambar diambil dengan lebih sempurna. Dengan pengenalan kawalan manual ini, kualiti gambar yang diambil menggunakan produk Apple diharap akhirnya dapat menyaingi peranti Nokia yang kini diakui sebagai yang paling baik. Apakah lagi fungsi yang ada pada sistem operasi mobil lain yang anda rasakan perlu ada pada iOS 8? Kami masih menantikan sokongan Bluetooth yang lebih terbuka. Jelas kelihatan Apple kini mendengar permintaan pengguna mereka tidak seperti dahulu. Sebelum ini Apple akhirnya membenarkan pengguna menggunakan papan kekunci pihak ketiga seperti Swiftkey. Perubahan ini semestinya bagus untuk pengguna kerana kebebasan memilih itu adalah hak asasi manusia.

IOS8-manual

Sumber AnandTech

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd