Samsung Menawarkan Kemaskini Untuk Galaxy S5 – Memfokuskan Kepada S Finder

Diterbitkan pada Jun 19, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak daripada semalam, pihak Samsung telah mula memperkenalkan kemaskini khusus untuk Galaxy S5, dimana ia dilabelkan sebagai “Emergency Update“, dan memfokuskan kepada sokongan S-Finder pada telefon pintar berkenaan.

Galaxy S5 - Emergency Update

S-Finder merupakan salah satu fungsi pada TouchWiz yang mana memudahkan pengguna membuat carian didalam telefon dengan pantas menggunakannya.

Samsung tidak menyatakan sebarang perkara berkenaan apakah yang dibawakan oleh kemaskini bersaiz kecil ini, dan dilihat mungkin lebih memfokuskan kepada bahagian sekuriti.

Bagi pengguna Galaxy S5 di Malaysia, anda boleh menyemak peranti anda, dan memulakan proses kemaskini untuk Galaxy S5 hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami