Waze Hadir Dengan Beberapa Fungsi Baru – Memudahkan Penghantaran Lokasi Kepada Rakan

Waze Hadir Dengan Beberapa Fungsi Baru – Memudahkan Penghantaran Lokasi Kepada Rakan

Diterbitkan pada June 19, 2014 oleh .

Google hari ini telah mengemaskini aplikasi Waze milik mereka, dimana melalui versi Waze 3.8 untuk iOS dan juga Android, ia menyertakan beberapa fungsi baru, disamping memberikan nafas baru kepada bahagian profil.

Waze 3.8

Waze 3.8 dilihat memudahkan pengguna untuk berkongsi lokasi ketika ingin anda ke sesuatu lokasi bersama-sama rakan dan ahli keluarga anda. Perkara ini sekaligus memudahkan anda memberitahu berkenaan masa yang diambil oleh anda untuk tiba ke destinasi, disamping Waze akan turut menawarkan kemaskini berkaitan kesesakkan jalan raya kepada mereka yang anda kongsikan lokasi.

Disamping itu, pihak Waze turut dilihat hadir dengan kemaskini bahagian profil, dan memudahkan pengguna untuk menambah rakan-rakan baru menggunakan nombor telefon.

Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh mengemaskini aplikasi anda kepada Waze 3.8 hari ini, dan menggunakan beberapa fungsi yang dibawakan olehnya.

Muat-Turun Waze untuk Android

Muat-Turun Waze untuk iOS


TIPS & ULASAN