Oppo Find 7 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 30 Jun Ini – Berharga RM1998

Oppo Find 7 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 30 Jun Ini – Berharga RM1998

Diterbitkan pada June 19, 2014 oleh .

Oppo Find 7 telah diumumkan beberapa bulan yang lepas, dan kini pihak Oppo Malaysia dalam persediaan untuk mula menjualnya di Malaysia tidak lama lagi. Seperti semua sedia maklum, Oppo Find 7 membawakan skrin dengan paparan 2K, berbanding Oppo Find 7A yang sedia dijual dengan paparan 1080p sahaja.

Oppo Find 7

Di Malaysia, Oppo Find 7 akan mula dijual di Semenanjung Malaysia bermula 30 Jun ini, sementara untuk pasaran Sabah dan Sarawak ia akan mula dijual bermula 4 Julai.

Oppo Find 7 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan QuadHD, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.5Ghz, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan bateri berkapasiti 3000mAh. Ia menggunakan platform Android, dan dilengkapi dengan antaramuka khusus dinamakan ColorOS.

Dari segi fungsi khusus, Oppo Find 7 menyertakan penambah-baikkan pada bahagian kamera, dimana melalui pengoptimasian pada bahagian perisian, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar pada kualiti 50-megapixel. Disamping itu, Oppo Find 7 turut menyertakan sokongan pengecasan pantas, membolehkan pengguna mengecas sehingga 75% dalam masa 30 minit.

Oppo Find 7 akan ditawarkan dalam variasi warna hitam dan putih, dan ditawarkan pada harga saranan RM1998. Selain Oppo Find 7, pihak Oppo Malaysia telah sedia menawarkan Oppo Find 7A pada harga RM1585 di Malaysia.


TIPS & ULASAN