Google Menerbitkan Aplikasi Emel Android Di Google Play Store

Google Menerbitkan Aplikasi Emel Android Di Google Play Store

Diterbitkan pada June 19, 2014 oleh .

Google sedia menerbitkan beberapa aplikasi asas di Android pada Google Play Store, dan hari ini koleksi tersebut ditambah dengan penerbitan aplikasi emel di Android secara rasminya di Google Play Store.

Email Android

Aplikasi emel rasmi ini hanya ditawarkan untuk peranti Nexus dan Google Play Edition sahaja, dimana ia membolehkan pengguna bukan sahaja menambah akaun GMail, tetapi turut menambah akaun emel lain yang menyokong IMAP, POP3 dan juga Exchange.

Melalui kemaskini baru yang hadir ini, ia turut hadir dengan sekuriti akaun GMail yang ditambah, disamping menawarkan sokongan percetakkan, dan kebolehan menetapkan akaun yang lebih mudah.

Google dengan menerbitkan aplikasi asas Android pada Google Play Store, ia memudahkan mereka mengemaskininya pada bila-bila masa dengan lebih pantas berbanding perlu menantikan pengenalan kemaskini Android. Perkara ini juga sekaligus membolehkan pengguna menikmati fungsi baru pada peranti walaupun masih menggunakan versi Android yang lama.

Apa pun, buat masa ini aplikasi emel rasmi ini hanya ditawarkan untuk peranti Nexus dan GPE sahaja, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada peranti-peranti lain.

Muat-Turun Email untuk Android


TIPS & ULASAN