Cari @ Amanz

HTC telah mula memperkenalkan kemaskini Sense 6.0 secara berperingkat kepada pengguna HTC One M7 sebelum ini, dan kini mereka turut dilihat telah mula menawarkan kemaskini Sense 6.0 kepada para pengguna phablet HTC One Max.

Melalui kemaskini bersaiz sekitar 560MB ini, ia menyertakan Android 4.4 KitKat dan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan penjimatan bateri, antaramuka baru untuk galeri dan kamera, kemaskini pada BlinkFeed, rekabentuk baru untuk SenseTV, serta beberapa perkara lain.

Bagi para pengguna HTC One Max, anda akan mula menerima notifikasi berkenaan kemaskini ini, selain turut boleh menyemaknya secara manual melalui ke halaman Settings > About dan memilih Software Updates.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd