Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan – Berharga RM899

Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan – Berharga RM899

Diterbitkan pada June 19, 2014 oleh .

Seperti dikatakan semalam, Ninetology hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar pertama mereka dengan sokongan rangkaian 4G LTE, iaitu Ninetology U9Z1T.

Ninetology U9Z1T menyertakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, cip pemprosesan Snapdragon 400, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 1.6-megapixel, memori sebanyak 1GB RAM dan juga ruangan storan sebesar 8GB.

Ninetology Z1T

Seperti biasa ia hadir dengan sistem operasi berasaskan Android, selain turut menyertakan beberapa sokongan daripada Qualcomm, dimana salah satunya adalah Snapdragon Battery Guru untuk membolehkan anda menggunakan peranti untuk masa yang lebih lama.

Ninetology U9Z1T ini akan dijual di Malaysia pada harga RM899. Bersama-sama pengenalan U9Z1T juga, pihak Ninetology memperkenalkan platform penjualan berasaskan internet mereka tersendiri. Selain daripada itu, pihak Ninetology turut akan menawarkan peranti ini dengan beberapa rakan kerjasama lain seperti Lazada, dan turut menjualnya bersama-sama syarikat telekomunikasi. Perkara ini akan membolehkan pengguna mendapatkan peranti berkenaan pada harga yang sedikit rendah (dengan kontrak syarikat telekomunikasi) berbanding harga jualan biasa.

Jadi, pada harga RM899, adakah anda akan memilihnya ataupun mempunyai pilihan peranti LTE yang lain?


TIPS & ULASAN