Cari @ Amanz

BlackBerry Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang telah diperluaskan ke platform Android dan iOS sebelum ini. Selain kedua-dua platform, pihak BlackBerry juga turut telah mengumumkan ia akan hadir ke Windows Phone.

Sehingga kini, tiada sebarang tarikh rasmi diumumkan, dan hari ini ketika pengumuman berkaitan kewangan syarikat, pihak BlackBerry mengumumkan yang mana BBM akan diterbitkan untuk Windows Phone pada bulan Julai ini.

BlackBerry Messenger sebelum ini merupakan salah satu platform permesejan yang popular di BlackBerry, dan dengan peningkatan pelbagai aplikasi permesejan lain, BlackBerry turut telah memperkenalkan aplikasi mereka untuk beberapa platform lain.

Selain sokongan BBM untuk Windows Phone, ramai pengguna turut menantikan kemaskini aplikasi iOS dan Android yang bakal menyertakan sokongan panggilan suara dan video melaluinya.

BBM dikatakan mempunyai sekitar 160 juta pengguna berdaftar, dan lebih 85 juta pengguna aktif setiap bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd