Ujian Alpha Untuk Jolla Sailfish Launcher Untuk Android Akan Dimulakan Minggu Hadapan

Ujian Alpha Untuk Jolla Sailfish Launcher Untuk Android Akan Dimulakan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada June 20, 2014 oleh .

Pada Mobile World Congress 2014 yang lepas, pihak Jolla telah memperlihatkan launcher mereka untuk pengguna peranti Android, dan kini pembangunnya berkongsi berita lanjut mengenainya – mengatakan ujian Alpha untuknya akan dimulakan pada minggu hadapan.

Sailfish Launcher untuk Android ini menawarkan pengalaman penggunaan seumpama SailfishOS, dimana pengguna boleh menggunakan gesture untuk mengawal peranti mereka, sekaligus mendapatkan pengalaman awal dan idea berkenaan Sailfish OS.

Daripada perkongsian pihak Jolla, ujian awal untuk launcher ini akan disasarkan untuk pengguna Nexus 4 dan juga Nexus 5, dimana mereka yang berminat boleh menghantarkan nama dan peranti yang digunakan ke [email protected]. Pengguna peranti Android 4.3 juga turut boleh menggunakannya, namun memandangkan ia ujian Alpha, maka mungkin terdapat beberapa kekurangan untuknya. Pihak Jolla meminta pendaftaran minat tersebut dilakukan sebelum 27 Jun 2014 ini.


TIPS & ULASAN