Cari @ Amanz

Berbeza dengan beberapa CEO lain, nampaknya CEO BlackBerry tidak segan untuk memperlihatkan peranti akan datang daripada mereka. Terkini, dua peranti yang diperlihatkan oleh beliau adalah BlackBerry Passport dan juga BlackBerry Classic.

BlackBerry Passport

BlackBerry Passport dilihat menyertakan skrin sentuh dalam bentuk empat-segi sama, dan juga papan kekunci fizikal QWERTY. Ia dikatakan akan menyertakan skrin dengan paparan resolusi tinggi, serta kamera belakang 13-megapixel. BlackBerry Passport ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan September kelak.

BlackBerry Classic

Selain BlackBerry Passport, satu lagi peranti baru yang akan hadir daripada BlackBerry adalah BlackBerry Classic. Ia dijangka akan menyertakan elemen rekaan popular pada peranti QWERTY BlackBerry, dan dijana menggunakan sistem operasi BBOS terbaru. BlackBerry Classic pula dijangka akan dilancarkan sekitar bulan November kelak.

Kedua-dua peranti ini berkemungkinan akan menjalankan BlackBerry 10.3 ketika pengenalannya. Memandangkan ia belum diumumkan secara rasmi, maka maklumat penuh berkaitan kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd