TM Melancarkan Aplikasi Permesejan HyppMe – Sokongan Permesejan Berkumpulan Akan Datang

TM Melancarkan Aplikasi Permesejan HyppMe – Sokongan Permesejan Berkumpulan Akan Datang

Diterbitkan pada June 20, 2014 oleh .

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi permesejan teks dan panggilan suara daripada mereka, dinamakan HyppMe untuk platform Android dan juga iOS.

Aplikasi permesejan HyppMe ini menyertai lambakkan aplikasi permesejan lain di pasaran, dimana menawarkan sokongan permesejan dan panggilan percuma dikalangan pengguna HyppMe. Disamping itu, pengguna turut boleh membuat panggilan ke talian telekomunikasi lain pada kadar 8 sen seminit, ataupun menghantar SMS pada kadar 5 sen satu SMS menggunakan aplikasi berkenaan.

TM HyppMe

Telekom turut mengatakan yang mana aplikasi HyppMe turut dilengkapi dengan sokongan popular lain, termasuk menghantar emoticon beranimasi, dan berkongsi gambar bersama lain menggunakannya.

Bercakap mengenai platform Windows Phone, pihak Telekom Malaysia masih tiada perancangan untuknya lagi buat masa ini, dan mereka juga dilihat masih tiada perancangan untuk menyelarikan antaramuka aplikasi berkenaan dengan platform operasi mudah-alih seperti iOS dan Android.

Apa pun, pihak Telekom Malaysia sekadar mengatakan yang mana mereka akan menambah satu demi satu fungsi baru pada aplikasi berkenaan dari semasa ke semasa.

Untuk mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store dan juga AppStore. Anda turut boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat panggilan percuma ke khidmat panggilan TM, disamping berinteraksi dengan beberapa artis seperti Altimet, Mia Sara dan sebagainya.

HyppMe

Muat-Turun HyppMe untuk Android

Muat-Turun HyppMe untuk iOS


TIPS & ULASAN