Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah menerbitkan gambar berwarna hijau yang baru pada laman sosial dan blog rasmi Nokia, sekaligus mengatakan yang mana mereka akan mengumumkan produk baru mereka pada minggu hadapan, 24 Jun 2014.

Nokia Green Teaser

Memandangkan Microsoft menerbitkan teaser dalam warna hijau, maka ia membuatkan ramai hadir dengan spekulasi mengatakan ia berkemungkinan besar adalah peranti berasaskan Android daripada Microsoft Mobile.

Nokia pada bulan Februari yang lepas telah memperkenalkan telefon pintar berasaskan Android (AOSP) yang mana hadir dengan aplikasi daripada mereka tersendiri tanpa Google Play Services. Apa pun, peranti yang diperkenalkan adalah berspesifikasi rendah, dan dilihat menawarkan pengalaman pengguna yang kurang menarik berbanding apa yang dinantikan pengguna.

Mengikut ura-ura, Microsoft mungkin hadir dengan Nokia X2 yang mana membawakan beberapa kemaskini spesifikasi pada peranti bersaiz 4.3-inci, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 200. Peranti baru ini turut dikatakan mungkin membawakan butang Home fizikal bersama-sama dengannya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan Microsoft pada minggu hadapan, dan lihat sama ada ia boleh bersaing dengan beberapa peranti berspesifikasi asas, seperti Moto E dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd