Cari @ Amanz

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan Chromecast, yang mana merupakan sebuah peranti pada saiz pemacu USB yang boleh dihubungkan ke televisyen, dan pengguna boleh memainkan video dan beberapa aplikasi daripada peranti mudah-alih terus ke kaca televisyen.

Kini, Mozilla dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, dan turut merancang untuk hadir dengan sebuah peranti khas lebih kurang seperti Chromecast. Peranti tersebut dijangka akan menjalankan Firefox OS, dan menyokong pelbagai aplikasi yang sedia dioptimasikan untuk Chromecast.

Apa pun, buat masa ini, ia dikatakan masih dalam pembangunan, dan Mozilla masih tidak mempunyai sebarang nama rasmi untuknya dan tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd