Nokia Memperlihatkan Seluar Yang Hadir Dengan Sokongan Pengecasan

Nokia Memperlihatkan Seluar Yang Hadir Dengan Sokongan Pengecasan

Diterbitkan pada June 22, 2014 oleh .

Nokia beberapa kali sebelum ini telah memperlihatkan produk mereka dengan beberapa perkara berkaitan fesyen. Terkini, Nokia hadir memperlihatkan sokongan pengecasan tanpa-wayar pada seluar hasil bekerjasama dengan perekabentuk A. Sauvage.

Nokia Seluar Pintar

Melalui seluar tersebut, pengguna hanya perlu memasukkan telefon pintar anda yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa-wayar ke dalam poket, dan peranti anda akan dicas menggunakannya.

Untuk menjayakan perkara ini, seluar ini hadir pengecas tanpa-wayar Nokia DC-50 dan bateri berkapasiti 2400mAh, serta menggunakan sokongan pengecasan induktif. Seperti biasa, terdapat beberapa kekangan, dimana pengguna perlu mengecas kembali apabila ia habis digunakan, dan berkemungkinan perlu mengeluarkannya sebelum membasuh seluar berkenaan.

Nokia mengatakan seluar ini bakal dijual melalui Amazon tidak lama lagi, membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkannya.


TIPS & ULASAN