Permainan Boom Beach Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Para Pengguna Android

Permainan Boom Beach Kini Sedia Dimuat-Turun Oleh Para Pengguna Android

Diterbitkan pada June 23, 2014 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan Clash of Clans, satu lagi permainan berbentuk strategi daripada pembangunnya adalah Boom Beach. Ia sebelum ini telah ditawarkan untuk pengguna iOS, dan baru-baru ini telah diperluaskan untuk semua pengguna Android.

Boom Beach

Boom Beach hadir dengan permainan yang lebih kurang menyerupai Clash of Clans, tetapi menawarkan lebih banyak kawalan untuk para pengguna. Disamping itu, ia turut menggunakan watak tentera, dan latar masa dan senjata yang lebih baru dan realistik berbanding dengan Clash of Clans.

Dari segi tawaran pihak Supercell, permainan Clash of Clans masih aktif dimainkan oleh ramai pengguna sehingga kini, dan mereka menjana pendapatan melalui pembelian dalam aplikasi yang dibuat pengguna. Ia tidak diketahui lagi sama ada permainan Boom Beach ini akan mempunyai angka pengguna yang tinggi seperti Clash of Clans ataupun sebaliknya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan Boom Beach ini secara percuma dari Google Play Store hari ini. Seperti biasa, sokongan internet diperlukan ketika ingin memainkan permainan ini.

Muat-Turun Boom Beach untuk Android


TIPS & ULASAN