Cari @ Amanz

Garmin pada awal tahun ini telah memperkenalkan peranti boleh-pakai mereka tersendiri yang memfokuskan kepada kecergasan, dinamakan sebagai Vivofit. Kini, selang beberapa bulan, peranti tersebut dilihat telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Peranti memfokuskan kecergasan bukanlah sesuatu yang baru. Pihak Sony sendiri menawarkan Smartband mereka, disamping Samsung hadir dengan Gear Fit. Beberapa pengeluar lain turut mempunyai tawaran mereka tersendiri, dan telah mula ditawarkan di Malaysia.

Garmin Vivofit

Garmin Vivofit hadir daripada pengeluar GPS terkemuka, dimana melalui Vivofit salah satu kelebihan yang ditawarkan adalah pada baterinya, dimana ia bertahan lebih kurang setahun. Perkara ini semestinya salah satu kelebihan yang menarik pada Vivofit dan tidak perlu dicas setiap hari seperti beberapa jenama lain.

Perkara ini dijayakan oleh Garmin Vivofit melalui penggunaan jenis bateri – iaitu bateri jam bulat yang tidak boleh dicas, selain mana sokongan Bluetooth juga tidak diaktifkan setiap masa.

Aplikasi Garmin Connect disediakan untuk pengguna Android dan iOS menghubungkan Vivofit ini ke peranti mudah-alih mereka, disamping pengguna yang turut boleh menggunakan sambungan USB untuk menghubungkan Vivofit ke komputer.

Di Malaysia, Vivofit dijual pada harga RM499, dan mereka turut menawarkan bundle dengan sensor denyutan jantung untuk Vivofit pada harga RM649.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd