Pelayar Web Opera Berasaskan Enjin Chromium Diperkenalkan Untuk Pengguna Linux

Pelayar Web Opera Berasaskan Enjin Chromium Diperkenalkan Untuk Pengguna Linux

Diterbitkan pada June 23, 2014 oleh .

Ketika peralihan pihak Opera untuk menggunakan kod berasaskan Chromium, hanya versi Windows dan Mac sahaja yang ditawarkan. Kini, selepas hampir setahun, pihak Opera turut memperkenalkan penawaran pelayar web baru mereka itu untuk pengguna Linux.

Opera Chromium Linux

Pelayar web Opera berasaskna kepada Chromium ini ditawarkan untuk Linux dalam bentuk versi pembangun buat masa ini, dan mungkin ia akan hadir ke saluran stabil tidak lama lagi.

Seperti pada beberapa platform lain, Opera 24 Dev untuk Linux ini membawakan pelbagai pilihan pemalam dan tema, selain beberapa fungsi popular termasuk Speed Dial, Opera Turbo dan juga Discover.

Menurut pihak Opera, mereka hanya menguji pada Ubuntu Linux 64-bit sahaja buat masa ini, tetapi pelayar web ini dijangka akan beroperasi tanpa masalah pada sistem operasi lain juga.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Opera 24 Dev hari ini dan menggunakannya dalam pelayaran web anda.

Muat-Turun Opera Dev untuk Linux


TIPS & ULASAN