U Mobile Memperkenalkan Quickpay – Memudahkan Penjual Menerima Kad Kredit

U Mobile Memperkenalkan Quickpay – Memudahkan Penjual Menerima Kad Kredit

Diterbitkan pada June 24, 2014 oleh .

Sebelum ini, kita telah melihat beberapa penyedia menawarkan sokongan penerimaan bayaran kad kredit menggunakan sebuah peranti tambahan yang dihubungkan ke telefon pintar daripada CIMB dan beberapa syarikat lain. Terkini, ia dilihat U Mobile turut menyertai arena sama.

U Mobile QuickPay

Perkhidmatan daripada U Mobile ini dinamakan sebagai Quickpay, dimana ia menyediakan sebuah peranti khusus yang dihubungkan ke telefon pintar, dan penjual boleh menerima kad kredit melaluinya. Pihak U Mobile menawarkan peranti Quickpay ini pada harga RM250 dengan langganan pelan U Mobile. Setiap transaksi juga turut dikenakan caj serendah 2.2% untuk penggunaannya.

Bagi penjual yang berminat, anda boleh mendaftarkan minat di U Mobile Quickpay, dan pihak U Mobile akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut.

Sebelum ini, pihak CIMB telah turut menawarkan sokongan sama dinamakan Plug n Play, dimana pihak CIMB turut bekerjasama dengan pihak DiGi dalam menawarkannya.

Layari : U Mobile Quickpay


TIPS & ULASAN