Cari @ Amanz

Projektor selalunya digunakan di kedai mamak bagi memaparkan perlawanan bola sepak. Di kebanyakan mamak projektor gergasi digunakan bagi memastikan siaran dapat dipancarkan pada skrin yang besar.Tetapi projektor yang ada di pasaran sekarang tidak cukup kompak dan mudah alih.  Hampir kesemuanya juga tidak dicipta dengan kemampuan ditambat tanpa wayar dengan komputer riba ataupun peranti pintar. Anda masih perlu menggunakan kabel yang disambungkan secara fizikal kepada peranti-peranti anda untuk memaparkan visual pada projektor sedia ada.

ODIN yang direka oleh firma Dos Owl yang berpengkalan di  Amerika Syarikat adalah projektor pintar mudah alih berkuasa Android. Ia bukan sahaja mampu memancarkan imej sebesar 145 inci  tetapi turut mampu berinteraksi dengan peranti pintar tanpa wayar melalui BlueTooth atapun aplikasi perkongsian skrin peranti pintar anda. Ia menggunakan sistem operasi Android Kit Kat dan diperkasakan pemproses 1.6 GHz Empat teras, 2 GB RAM dan 16 GB memori dalaman . Dalam mod mudah alih bateri 3000 mAh yang digunakan mampi bertahan sehingga 2 jam. Tak cukup dengan itu ia turut menyokong input HDMI sekiranya anda tidak mahu perkongsian tanpa wayar. Odin masih mengumpul dana di Kickstarter dan ini sememangnya peranti yang lama kami mahukan sejak Samung Galaxy Beam muncul tidak lama dahulu. Kemampuan Bean adalah mengecewakan membuatkan kami terfikir mengapa tiada projektor bersaiz lebih besar dengan sistem operasi Android tidak ada di pasaran.

dos-owls-portable-smart-projector-designboom06 (1)

Sumber Odin

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd