Cari @ Amanz

BlackBerry Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru daripada mereka untuk pasaran tempatan, iaitu BlackBerry Z3. Seperti beberapa peranti sebelum ini, Z3 dijana menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 yang mana hadir dengan beberapa fungsi khusus seperti BlackBerry Hub, BBM, dan beberapa yang lain.

BlackBerry Z3 Malaysia

BlackBerry Z3 dilihat memfokuskan kepada negara-negara membangun, dimana ia hadir dengan sokongan skrin sentuh sepenuhnya. Peranti ini hadir dengan skrin LCD bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm dwi-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel, dan bateri berkapasiti 2500mAh.

BlackBerry Z3 Jakarta

BlackBerry Z3 merupakan telefon pintar pertama daripada mereka hasil usahasama dengan pihak Foxconn. Di Malaysia, BlackBerry Z3 akan dijual pada harga RM699 bermula daripada 7 Julai 2014 ini. Selain ditawarkan secara berasingan, pihak BlackBerry turut dijangka akan menawarkan peranti Z3 bersama-sama dengan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.

Beberapa kandungan khusus turut bakal ditawarkan melalui platform Blackberry bersempena dengan pelancaran ini. Bagi pengguna tempatan yang ingin mendapatkan peranti BlackBerry, mungkin turut boleh melihat kepada tawaran BlackBerry Z10 yang kini dijual pada harga lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd