Tiada Tawaran PaperGarden Untuk Galaxy Tab S Di Malaysia Buat Masa Ini

Tiada Tawaran PaperGarden Untuk Galaxy Tab S Di Malaysia Buat Masa Ini

Diterbitkan pada June 24, 2014 oleh .

Ketika pengenalan Galaxy Tab S di New York tempoh hari, salah satu fungsi yang menjadi fokus utama adalah Papergarden, yang mana menawarkan kandungan majalah digital yang dioptimasikan untuk skrin dan tablet Galaxy Tab S.

Papergarden

Namun, agak mendukacitakan memandangkan untuk pasaran Malaysia fungsi tersebut tidak akan ditawarkan ketika pengenalan ini disebabkan oleh beberapa kekangan teknikal buat masa ini.

Ketika pengenalan tempoh hari, Samsung telah memperlihatkan sokongan Papergarden yang mana menawarkan majalah digital bukan sahaja dalam bentuk teks dan gambar, tetapi turut diintegrasikan dengan video dan sebagainya. Samsung ketika itu turut mengumumkan kerjasama dengan pihak National Geographic dan beberapa syarikat lain, dan mungkin ia hanya eksklusif untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Samsung Malaysia mengatakan akan menawarkan sokongan tersebut dalam lebih kurang pada pertengahan tahun akan datang. Sebagai ganti untuknya, pihak Samsung menawarkan beberapa ganjaran melalui tawaran Galaxy Lifestyle mereka.


TIPS & ULASAN