Sertai Pitching Pertama Bull n’ Goose Esok

Sertai Pitching Pertama Bull n’ Goose Esok

Diterbitkan pada June 24, 2014 oleh .

imageDunia startup pada tahun ini dilihat bertambah rancak. Dengan lebih banyak acara memfokuskan pembangun dalam mencipta aplikasi, acara berkaitan mencari pelaburan juga tidak kurang aktifnya. Terbaru, Mother Goose Ventures telah mengumumkan siri Bull N Goose dan acara pertamanya akan bermula esok.

Acara bulanan ini ingin menghubungkan pelabur dan juga pembangun. Pembangun projek dan aplikasi diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan idea dan projek mereka kepada pelabur. Pelabur terdiri dari pelabur berprofil tinggi dan juga ahli pelabur dari Malaysian Business Angel Network. Selain dari aktiviti pitching, pembangun juga boleh membuka booth pameran aplikasi mereka.

Pemenang akan dipilih berdasarkan pilihan ramai pada acara esok dan para pelabur yang melihat pitching tersebut boleh melabur secara terus kepada pembangun yang menarik minat mereka. Acara ini akan diadakan di The Nest. 7 Japan Derumun, Damansara Heights bermula pada pukul 6:30PM hingga 10:00PM

Kepada startup yang bakal menghadiri acara tersebut esok, kami ucapkan semoga berjaya.

Laman Rasmi: Bull n’ Goose


TIPS & ULASAN