Masalah Keselamatan Dikesan Pada Peranti Menggunakan Pemproses Mediatek

Masalah Keselamatan Dikesan Pada Peranti Menggunakan Pemproses Mediatek

Diterbitkan pada June 24, 2014 oleh .

Pemproses dari keluarga Mediatek digunakan oleh beberapa pengeluar  bagi menghasilkan peranti mampu milik. Hari ini terdapat berita yang kurang menyenangkan melibatkan masalah keselamatan beberapa peranti yang menggunakan pemproses ini. Korben, seorang blogger dari Perancis menyedari peranti yang diperkasakan pemproses Mediatek beliau boleh dimatikan secara automatik sekiranya menerima khidmat pesana ringkas dengan tanda = . Peranti Mediatek yang menerima SMS pendek ini akan melakukan penetapan semula (reset) setiap kali menerima SMS ini. Anda tidak perlu membuka SMS yang diterima untuk masalah ini berlaku.

Antara peranti-peranti yang yang disenaraikan terdedah kepada masalah ini ialah Wiko Darkmoon, Wiko Dark Side, Wiko Darknight, Wiko Iggy, Wiko Ozzy, Wiko Darfull, Wiko Cink King, Wiko Cink Five, Wiko Cink Peax, Wiko Cink Peax 2, Wiko Cink Slim, Alcatel One Touch Idol X, Alcatel One Touch Idol Ultra, Alcatel One Touch 997D, Alcatel One Touch Pop C3 (4033D), Alcatel One Touch S-Pop (4030D), Alcaltel One Touch Star (6010D), Zopo ZP950, Acer Liquid E 2 DUO, Fairphone dan  Archos 40 Titanium.

Masalah penetapan semula tanpa input dari pengguna ini dapat diselesaikan dengan menggunakan aplikasi SMS pihak ketiga. Jika anda antara pengguna peranti-peranti di atas kami menasihatkan anda menukar aplikasi default SMS anda dengan segera untuk memastikan tiada teman yang mengetahui akan masalah ini dan membuatkan peranti anda hidup dan mati ketika digunakan.

*demonstrasi bermula pada minit 1:20


TIPS & ULASAN