Cari @ Amanz

Oppo Malaysia bakal memulakan penjualan rasmi Find 7 di Malaysia bermula penghujung bulan ini. Menariknya, lebih kurang seminggu sebelum memulakan penjualan, pihak Oppo Malaysia telah mengemaskini harganya, dan ia kini membawakan harga saranan jualan sebanyak RM1898.

Oppo Find 7

Sebelum ini, pihak Oppo meletakkan tanda harga untuk peranti berkenaan pada harga RM1998, dan melalui kemaskini harga ini ia membawakan potongan harga sebanyak RM100 berbanding harga asal.

Oppo Find 7 merupakan peranti terbaru daripada Oppo, dimana ia hadir dengan skrin dengan paparan 2K, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, dan turut dilengkapi dengan beberapa fungsi menarik termasuk sokongan pengecasan pantas dan membolehkan merakamkan gambar pada resolusi 50-megapixel melalui pengoptimasian perisian.

Oppo Find 7 akan mula dijual di Semenanjung bermula 30 Jun ini, dan diikuti Sabah serta Sarawak bermula 4 Julai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd