Nokia X Platform 2.0 Diumumkan – Tidak Akan Menyokong Nokia X, X+ dan XL

Nokia X Platform 2.0 Diumumkan – Tidak Akan Menyokong Nokia X, X+ dan XL

Diterbitkan pada June 24, 2014 oleh .

Nokia X Platform merupakan variasi sistem operasi berasaskan Android daripada pihak Nokia, yang mana digunakan pada peranti keluarga Nokia X. Terkini, dengan pengenalan Nokia X2 secara rasminya, sistem operasinya juga dinaik-taraf kepada Nokia X Platform 2.0.

Nokia App List

Nokia X Platform 2.0 ini membawakan sedikit kemaskini, dimana pada Homescreen, kini pengguna boleh menambah sehingga empat Tiles bersebelahan berbanding hanya tiga sebelum ini.

Disamping itu, pihak Nokia turut menambah sokongan Apps List, memperlihatkan senarai aplikasi yang terpasang pada peranti berkenaan seumpama pada peranti Lumia. Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna peranti dibawah keluarga Nokia X disamping mengekalkan ciri-ciri penggunaan, sekiranya ingin menaik-taraf ke peranti Lumia.

Nokia X Platform 2.0 juga turut menyertakan pelbagai kemaskini lain, termasuk dari segi antaramuka pada bahagian kamera, kemaskini pada Fastlane dan beberapa yang lain.

Namun, apa yang mendukacitakan adalah dimana Nokia X Platform 2.0 hanya ditawarkan untuk Nokia X2 sahaja, sebaliknya peranti sedia ada seperti Nokia X, Nokia X+ dan juga Nokia XL tidak akan boleh menggunakannya. Nokia mengatakan perkara ini terjadi disebabkan kemaskini pada bahagian hardware, sekaligus membuatkan kemaskini perisian ini tidak dapat ditawarkan kepada peranti keluarga Nokia X sedia ada.


TIPS & ULASAN