Microsoft Bakal Memperkenalkan Peranti Lumia Baru Di Malaysia Minggu Hadapan

Microsoft Bakal Memperkenalkan Peranti Lumia Baru Di Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan pada June 24, 2014 oleh .

Nampaknya, tidak lama lagi satu lagi peranti Lumia baru akan memasuki pasaran Malaysia, dimana pihak Microsoft menjadualkan sebuah acara khas untuknya pada 30 Jun ini.

Microsoft 30 Jun

Apa pun, Microsoft tidak memberikan nama model telefon Lumia yang mereka bakal lancarkan, sebaliknya melalui emel yang dihantar pihak Microsoft menekankan kepada inovasi dan rekaan pada Lumia.

Secara kasarnya, ia dilihat sebagai salah satu peranti utama dibawah keluarga Lumia, dan berkemungkinan adalah Lumia 930. Perkara ini juga selari dengan pengumuman ketika pengenalan April lepas, dimana Nokia menyasarkan untuk memasarkan Lumia 930 di Asia bermula Jun.

Nokia Lumia 930

Untuk makluman, Lumia 930 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, memori 2GB RAM, bateri berkapasiti 2420mAh, dan menyokong rangkaian LTE. Fokus turut diberikan pada bahagian kamera, dimana ia menyertakan kamera 20-megapixel PureView, sokongan OIS dan dilengkapi optik ZEISS.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara Microsoft ini kelak pada hari Isnin hadapan, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka.


TIPS & ULASAN