Google Dijangka Akan Memperlihatkan Android “L” Pada Google I/O Esok

Google Dijangka Akan Memperlihatkan Android “L” Pada Google I/O Esok

Diterbitkan pada June 25, 2014 oleh .

Google bakal mengadakan acara tahunan Google I/O mereka pada awal pagi esok, dan salah satu perkara yang dijangka akan diperlihatkan oleh Google pada acara berkenaan adalah Android versi terbaru yang akan menggunakan nama kod dengan abjad permulaan “L”.

Android “L” ini dijangka akan membawakan beberapa pembaharuan, termasuk daripada penggunaan ART, dan juga kemaskini pada antaramuka platform operasi tersebut. Google sendiri sebelum ini telah mengemaskini aplikasi Google+ mereka, dan dikatakan kebanyakkan aplikasi utama mereka yang lain akan turut dikemaskini dengan membawakan elemen rekaan yang sama.

Disamping itu, pihak Google turut dijangka akan memperlihatkan beberapa perkara lain berkaitan dengan Android, termasuk Android Wear yang memfokuskan kepada peranti boleh-pakai, dan juga Android TV. Beberapa rakan kerjasama Google turut bakal hadir ke acara berkenaan, termasuk Samsung dan sebagainya dalam memperlihatkan produk mereka berasaskan Android Wear.


TIPS & ULASAN